대통령기록관 홈페이지로 이동합니다

Visi Pentadbiran

Previous page

Kebahagiaan untuk Rakyat

Pentadbiran Park Geun-hye menyambut era kebahagiaan untuk rakyat melalui program kebajikan yang disesuaikan, pelan Pemerintah 3.0 dan pembanterasan empat kejahatan sosial utama.

Pentadbiran ini menyediakan perkhidmatan kebajikan yang disesuaikan dengan peringkat kehidupan yang berbeza bagi menyokong setiap rakyat dengan keperluan asas di sepanjang kehidupan mereka. Berbekalkan matlamat untuk mendapatkan lebih banyak penyertaan orang awam dalam hal ehwal negeri, pelan Pemerintah 3.0 telah dijalankan dengan lancar untuk menjadikan data pemerintah lebih mudah disediakan kepada orang awam. Atas usaha tersebut, Korea mendapat kedudukan yang teratas dalam Indeks Data OECD OUR: Data Pemerintah yang Terbuka, Berguna, Boleh Guna Semula.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjamin keselamatan, prasyarat untuk kebahagiaan rakyat, Pentadbiran telah menetapkan keganasan seksual, keganasan di sekolah, keganasan rumah tangga dan makanan yang substandard sebagai empat kejahatan sosial dan telah berusaha keras untuk melaksanakan langkah-langkah intensif bagi menghapuskan kejahatan tersebut. Selain itu, Pentadbiran juga sedang berusaha untuk memastikan kaum wanita boleh bekerja tanpa berasa bimbang tentang penjagaan anak, melalui dasar yang membantu mengekalkan keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan berkeluarga pada masa yang sama.

President Park Geun-hye on her visit to the Korea Advanced Institute of Science & Technology, November 29, 2013 National Grand Chorus I am Korea at the 70th Anniversary of Korean Independence Day, August 16, 2015

TOP