대통령기록관 홈페이지로 이동합니다

Ucapan Alu-aluan

Previous page

Pembukaan Era Baru yang Penuh Harapan
Ucapan Alu-aluan Presiden ke-18
25 Februari 2013

“Era yang Penuh Harapan”

Tuan-tuan dan puan-puan yang berada dalam negara! Serta tujuh juta bangsa Korea yang di luar negara, Saya menjawat jawatan sebagai Presiden Republik Korea yang ke-18 dengan keazaman untuk membuka era baru yang penuh harapan.

Saya sangat berterima kasih kepada rakyat Korea kerana meletakkan kepercayaan kepada saya untuk misi yang bersejarah ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Presiden Lee Myung-bak, mantan Presiden, juga kepada pembesar-pembesar yang datang dari luar negeri untuk meraikan kesempatan ini dan tetamu kehormat lain yang menghadirkan diri.

Sebagai Presiden Republik Korea, saya akan hidup bersesuaian dengan kehendak rakyat dengan mencapai pemulihan ekonomi, kebahagiaan rakyat, dan pengayaan budaya.

Saya akan melakukan yang terbaik dengan sedaya upaya untuk membina negara Republik Korea yang hebat dan makmur di mana kebahagiaan dapat dicapai.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Republik Korea yang kita kenal hari ini telah dibina berasaskan pelbagai usaha, darah, dan keringat daripada rakyat.

Kita telah menulis satu sejarah baru mengenai kejayaan luar biasa yang pada masa yang sama mencapai industrialisasi dan demokratisasi berasaskan semangat “yakin-boleh” yang tidak berbelah bahagi daripada rakyat dan potensi mereka yang bersesuaian.

Kisah Korea yang sering dirujuk sebagai “Keajaiban di Sungai Han” telah ditulis oleh rakyat Korea yang bekerja tanpa mengenal penat lelah di lombong-lombong di Jerman, di kawasan gurun yang terik di Timur Tengah, di kilang-kilang dan makmal-makmal di mana lampu tidak pernah dipadam dan di barisan hadapan yang penuh dingin untuk menjaga pertahanan negara. Keajaiban ini hanya boleh berlaku disebabkan kaliber luar biasa daripada rakyat Korea dan ketaatan mereka yang gigih kepada kedua-dua keluarga dan negara.

Saya memberi penghormatan dengan tulus ikhlas kepada semua rakan-rakan Korea saya yang telah membina sebuah Republik Korea yang ada pada hari ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,
Dalam pusaran sejarah kontemporari kita yang bergejola, kita sentiasa mengatasi kesusahan yang tidak terkira banyaknya. Hari ini, kita terus berhadapan dengan krisis ekonomi global dan cabaran-cabaran keselamatan yang hebat termasuk ancaman nuklear dari Korea Utara.

Pada masa yang sama, kapitalisme menghadapi cabaran baru selepas krisis kewangan global.

Cabarana-cabaran yang kita hadapi pada hari ini tidak sama seperti yang telah kita hadapi sebelum ini. Dan ia hanya boleh diatasi dengan cara kita mengukir laluan baru.

Menempa laluan baru tentunya bukan satu tugas yang mudah.

Tetapi saya percaya kepada rakyat Korea.
Saya percaya pada daya tahan mereka dan pada potensi negara kita yang dinamik.
Bersama-sama dengan rakyat Korea yang dibanggakan, saya berjanji akan memulakan untuk membuat suatu "Keajaiban Kedua di Sungai Han" berdasarkan kepada satu era baru yang penuh harapan.


image Saya akan membawa era baru yang penuh harapan: kebahagiaan setiap rakyat akan menjadi asas kepada kekuatan negara kita, yang seterusnya akan memberi manfaat kepada semua Korea.

Kebangkitan Ekonomi

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,
Hari ini, saya ingin mencadangkan cara baru untuk maju ke hadapan berdasarkan kitaran yang saling memperkukuh kemajuan negara dan kebahagiaan rakyat.

Pentadbiran baru ini akan membawa era baru yang penuh harapan berdasarkan kepada pemulihan ekonomi, kebahagiaan rakyat, dan pengayaan budaya.

Sebagai permulaan, saya akan bekerja untuk mencapai ekonomi kreatif dan pendemokrasian ekonomi.

Kita sedang menyaksikan satu anjakan paradigma ekonomi di seluruh dunia.

Ekonomi kreatif dapat dikabulkan dengan usaha-usaha seperti penumpuan sains dan teknologi dengan industri, penggabungan budaya dengan industri, dan pencambahan kreativiti dengan meruntuhkan halangan antara industri-industri.

Ia adalah mengenai mewujudkan pasaran baru dan pekerjaan baru dengan membina asas kepada penumpuan, melepasi jangkaun dengan memperluaskan pasaran sedia ada.

Teras utama bagi ekonomi kreatif ialah sains, teknologi, dan industri IT, bidang-bidang yang telah saya kenal pasti sebagai keutamaan.

Saya akan meningkatkan kualiti sains dan teknologi ke tahap bertaraf dunia. Ekonomi kreatif akan dibawa untuk membuahkan hasil dengan menggunakan hasil usaha tersebut secara menyeluruh.

Kementerian Perancangan Hadapan dan Sains dalam pentadbiran baru akan ditugaskan untuk membawa kemunculan ekonomi kreatif seiring dengan paradigma baru ini.

Rakyat ialah nukleus bagi ekonomi kreatif. Kita hidup dalam zaman di mana seorang individu boleh meningkatkan nilai sebuah negara keseluruhannya malah membantu dalam menyelamatkan ekonomi.

Peluang-peluang baru untuk berkhidmat kepada negara akan dibuka kepada ramai rakyat Korea berbakat yang berkembang maju di seluruh perkampungan global. Dan bagi mereka di dalam negara yang setaraf mampu, usaha akan dipertingkatkan untuk menggalakkan mereka menjadi pemimpin penumpuan serta mempunyai daya kreativiti dan kesungguhan sebagai tonggak kepada Korea masa depan.

Bagi memboleh ekonomi kreatif untuk benar-benar berkembang, pendemokrasian ekonomi perlu dicapai.

Saya percaya bahawa hanya apabila pasaran yang adil telah kuat maka semua orang mempunyai harapan dan berusaha untuk mencapai potensi sepenuhnya.

Salah satu matlamat ekonomi saya yang penting adalah untuk memastikan bahawa sesiapa yang bekerja keras boleh berdiri di atas dua kaki sendiri dan perusahaan kecil dan sederhana boleh berjaya bersama syarikat-syarikat besar melalui dasar promosi perniagaan kecil.

Dengan membanteras pelbagai urusan perniagaan yang tidak adil yang menggagalkan pemilik perniagaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana dan dengan membetulkan amalan salah yang telah lalu, kami akan memberikan sokongan aktif untuk memastikan semua orang boleh merealisasikan keupayaan penuh mereka, tidak kira di mana mereka bekerja atau apa yang mereka lakukan untuk hidup.

Hanya apabila pemain utama dalam ekonomi kita datang bersama-sama sebagai satu dan mengumpul kekuatan mereka, kita boleh membawa kebahagiaan kepada rakyat dan meningkatkan daya saing negara kita.

Di atas asas ini saya akan berusaha memulihkan ekonomi dan merealisasikan "Keajaiban Kedua di Sungai Han" di mana semua rakyat Korea menjadi bahagia.

Kebahagiaan Rakyat

Tidak kira berapa banyak kemajuan negara, keuntungan itu akan menjadi sia-sia jika kehidupan rakyat kekal tidak selamat.

Satu era tulen yang penuh kebahagiaan hanya akan dicapai apabila tidak ada kebimbangan tentang kehidupan selepas bersara dan apabila melahirkan dan membesarkan anak-anak benar-benar dianggap satu keberkatan.

Tiada warganegara boleh dibiarkan dalam ketakutan bahawa dia tidak mungkin dapat memenuhi keperluan asas.

Satu paradigma baru untuk kebajikan akan dapat membebaskan rakyat dari kebimbangan tersebut dan membolehkan mereka untuk berjaya dalam kerjaya mereka sendiri, memaksimumkan potensi mereka, dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Saya percaya bahawa dengan membolehkan orang ramai untuk memenuhi impian mereka dan membuka era baru yang penuh harapan bermula dengan pendidikan.

Kita perlu memberikan sokongan aktif supaya pendidikan boleh membawa keluar kebolehan terbaik individu yang terpendam, dan kita perlu mewujudkan satu sistem baru yang menggalakkan pembangunan negara pada batu-batu loncatan dari keupayaan setiap individu.

Ada papatah, "Mereka yang mengetahui sesuatu tidak dapat mengungguli mereka yang menyukainya, dan mereka yang menyukainya tidak dapat mengungguli orang-orang yang menikmatinya."

Zaman kebahagiaan sejati hanya akan datang apabila semakin ramai orang dapat menikmati pembelajaran dan suka apa yang mereka lakukan.

Aset yang paling penting bagi mana-mana negara adalah rakyatnya.

Masa depan kita akan membeku sahaja apabila kita berpegang teguh kepada persaingan melulu yang menghalang kreativiti.

Saya telah lama yakin bahawa menjana potensi setiap kanak-kanak adalah daya yang dapat menggerakkan negara ke hadapan.

Sistem pendidikan kita akan diperbaiki supaya pelajar dapat mencungkil bakat-bakat dan kekuatan mereka dalam mencapai impian berharga mereka dan ia akan diadili oleh itu. Ini membolehkan mereka untuk menggunakan bakat mereka sebaik mungkin apabila memasuki masyarakat.

Tidak ada tempat untuk impian individu, bakat atau harapan dalam masyarakat yang mana segala-galanya ditentukan oleh latar belakang akademik dan senarai kelayakan seseorang.

Kami akan mengubah masyarakat kita dari satu yang menekankan kelayakan akademik kepada satu yang berasaskan kemampuan masing-masing supaya impian dan hadiah setiap individu dapat berbuah.

Perlu dikatakan di sini bahawa melindungi nyawa dan memastikan keselamatan rakyat merupakan elemen penting sebuah negara bahagia.

Pentadbiran baru akan menumpukan usaha pada membina sebuah masyarakat yang selamat di mana wanita, orang kurang upaya, atau sesiapa sahaja pun, merasa aman dalam kehidupan mereka, tidak kira di mana mereka berada di negara ini.

Kami akan membina sebuah masyarakat di mana hanya undang-undang diguna pakai, dan bukan tangan yang berkuasa, dan di mana undang-undang yang berfungsi sebagai perisai keadilan untuk masyarakat kurang bernasib baik.

Pengayaan Budaya

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,
Dalam abad ke-21, budaya merupakan kuasa satu negara. Ini adalah era apabila imaginasi seseorang individu menjadi kandungan kreatif.

Dengan "Korean Wave" yang menawan orang di seluruh dunia, ia menjadi sumber kegembiraan dan kebahagiaan serta menjadi kebanggaan bagi semua Korea. Ini telah dibina di atas asas warisan budaya indah Korea menerusi aset budaya ketara dan tidak sejak lima ribu tahun yang lalu serta etika kita.

Pentadbiran baru akan menegakkan etika dan menyebarkan nilai budaya kita di seluruh masyarakat untuk memperkaya budaya semua rakyat.

Kami akan memanfaatkan nilai semula jadi budaya dalam usaha untuk menyembuhkan konflik sosial dan merapatkan jurang budaya yang memisahkan kawasan-kawasan yang berbeza, generasi, dan strata sosial. Kami akan membina pula sebuah negara yang menjadi lebih bahagia melalui budaya, di mana budaya ditenun ke dalam fabrik kehidupan seharian dan di mana sistem kebajikan merangkumi nilai-nilai budaya.

Aktiviti kreatif dalam pelbagai genre akan disokong, manakala industri kandungan yang menggabungkan budaya dengan teknologi canggih akan dipupuk. Dengan berbuat demikian, kami akan menyalakan enjin ekonomi kreatif dan mewujudkan peluang pekerjaan baru.

Bersama-sama dengan rakyat Korea, pentadbiran saya akan memupuk pengayaan budaya baru. Inilah masa untuk budaya berkembang, merentasi etnik dan bahasa, mengatasi ideologi dan adat, menyumbang kepada pembangunan kemanusiaan yang aman dan menyebarkan kebahagiaan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Kebahagiaan hanya dapat berkembang apabila manusia berasa selesa dan selamat. Saya berjanji kepada anda hari ini bahawa saya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan yang mengancam kehidupan rakyat dan keselamatan negara kita.

Ujian nuklear oleh Korea Utara baru-baru ini adalah satu cabaran untuk kelangsungan hidup dan masa depan rakyat Korea, dan tidak ada kesilapan bahawa mangsa terbesar akan tidak lain tidak bukan ialah Korea Utara sendiri.
Saya menggesa Korea Utara untuk meninggalkan cita-cita nuklearnya tanpa berlengah-lengah dan memulakan jalan untuk keamanan dan pembangunan bersama.

Adalah menjadi harapan saya bahawa Korea Utara boleh maju bersama-sama sebagai anggota yang bertanggungjawab untuk masyarakat antarabangsa daripada membuang sumbernya kepada pembangunan nuklear dan peluru berpandu dan terus kembali kepada dunia pengasingan. Tidak syak lagi bahawa apa yang kita hadapi hari ini adalah persekitaran keselamatan yang sangat serius; kita tidak mampu untuk kekal di mana kita berada.

Melalui proses pembinaan-kepercayaan di Semenanjung Korea, saya bercadang untuk meletakkan asas bagi era penyatuan harmoni di mana semua orang Korea boleh membawa kehidupan yang lebih makmur dan lebih bebas dan mencapai impian mereka.

Saya akan bergerak ke hadapan langkah demi langkah untuk membina kepercayaan antara Selatan dan Utara atas dasar pencegahan yang boleh dipercayai.

Kepercayaan boleh dibina melalui dialog dan dengan menghormati janji-janji yang telah dibuat. Adalah menjadi harapan saya bahawa Korea Utara akan mematuhi norma antarabangsa dan membuat pilihan yang tepat supaya proses pembinaan kepercayaan di Semenanjung Korea boleh bergerak ke hadapan.

Era kebahagiaan yang saya bayangkan adalah satu keadaan yang pada masa yang sama membuka era kebahagiaan di seluruh Semenanjung Korea sambil menyumbang kepada permulaan zaman kebahagiaan di seluruh masyarakat dunia.

Untuk meredakan ketegangan dan konflik dan seterusnya menyebarkan keamanan dan kerjasama di Asia, saya akan berusaha untuk mengukuhkan kepercayaan dengan negara-negara di rantau ini, termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun, Rusia, dan negara-negara Asia dan Oceania yang lain.

Selain itu, saya membayangkan sebuah negara Korea yang berkongsi lebih mendalam penderitaan orang lain di samping menyumbang kepada penyelesaian isu-isu utama global.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati, Hari ini saya memulakan tugas saya sebagai Presiden Republik Korea untuk berkhidmat dalam tempoh presiden ke-18. Saya ingin memberi jaminan bahawa saya akan berjalan dengan orang-orang yang telah diberikan tanggungjawab besar ini kepada saya untuk benar-benar membuka era baru yang penuh harapan.

Tanggungjawab untuk mentadbir negara jatuh di bahu Presiden, dan nasib negara ini sebenarnya ditentukan oleh rakyat. Saya meminta kerjasama dan sokongan aktif dalam usaha kami yang membawa Republik Korea di atas jalan yang baru.

Kita berdiri di ambang era baru di mana negara dan rakyat perlu berjalan bersama-sama dan pembangunan negara serta kebahagiaan rakyat membentuk satu kitaran yang saling memperkukuh.

Kejayaan perjalanan kita bergantung kepada keyakinan dan kepercayaan bersama yang harus ada di antara kerajaan dan rakyat dan pada keupayaan kita untuk bergerak ke hadapan dalam perkongsian.

Saya akan berusaha untuk mendapatkan kepercayaan rakyat dengan memastikan pentadbiran saya yang bersih, telus, dan cekap. Saya akan membantu orang ramai membuang rasa tidak percaya mereka kepada kerajaan, kemudian akan membina modal kepercayaan.
Saya dengan rendah diri meminta anda semua untuk mengumpulkan kekuatan anda, di mana sahaja anda berada, bukan sahaja untuk kepentingan individu anda sendiri tetapi juga untuk kebaikan bersama.

Pada zaman kesusahan yang lalu, kita berkongsi antara satu sama lain apa yang kita ada. Walaupun di tengah-tengah kesusahan, nenek moyang kita mempunyai kemurahan hati dalam pemikiran untuk meninggalkan beberapa pisang kaki untuk burung murai semasa musim menuai. Kita adalah keturunan dari orang-orang yang mempunyai tradisi perkongsian bersama dan saling membantu melalui perkauman dan perpaduan bersama.

Dengan menghidupkan semula semangat itu sekali lagi dan membina sebuah masyarakat yang bertanggungjawab dan bertimbang rasa, kita boleh berkeyakinan bahawa impian kita bersama menuju era baru yang penuh kebahagiaan adalah benar-benar boleh dicapai.

Semangat seperti ini akan menawarkan satu model baru bagi kapitalisme, yang telah kehilangan galas, dan menjadi jawapan untuk menangani masa hadapan yang tidak menentu.

Saya meminta anda untuk mempercayai pentadbiran saya dan diri saya dan menyertai kami di sepanjang jalan untuk masa depan yang baru.

Marilah kita bekerjasama ke arah era baru yang penuh harapan dan kebahagiaan supaya kita semua boleh menjadi rakan kongsi dalam mewujudkan Keajaiban Kedua di Sungai Han.

Terima kasih.

Presiden Republik Korea





Park Geun-hye
Park Geun-hye
Presiden Republik Korea

TOP