대통령기록관 홈페이지로 이동합니다

Ucapan Salam

Previous page

Matlamat utama pentadbiran Korea yang baru dilancarkan ini ialah untuk membuka era baru yang penuh harapan dan kebahagiaan untuk semua orang.

Greetings The goal of the newly launched Korean Administration is to open a new era of hope and happiness for all the people.

Saya akan berusaha untuk menjadikan Korea sebagai sebuah negara yang mana semua orang boleh mencapai impian mereka dan dapat menjadi watak utama dalam kehidupan masing-masing.

Sehingga kini, pentadbiran Park Geun-hye akan bekerjasama dengan rakyat untuk merealisasikan tiga nilai, iaitu kemakmuran ekonomi, kebahagiaan rakyat, dan pengayaan budaya.

Pertama, pentadbiran saya akan memastikan kehidupan yang makmur untuk rakyat dengan memulihkan ekonomi.

Kedua, saya akan berusaha untuk menjadikan hidup yang selesa dan bahagia dengan mewujudkan program kebajikan yang terancang dan pendidikan yang memupuk impian dan bakat.

Ketiga, pentadbiran saya akan berusaha agar budaya kami yang sangat berharga dan aset kerohanian dapat lebih berkembang untuk dinikmati oleh orang Korea dan juga orang lain di seluruh dunia dan juga untuk mempromosikan keamanan.

Apabila kerajaan memimpin melalui teladan dan rakyat juga mengemukakan usaha mereka, era baru yang penuh harapan dan kebahagiaan pasti akan menjadi milik kita. Kami akan menegakkan pentadbiran yang bersih, telus, dan dapat dipercayai supaya mendapatkan semula keyakinan anda semua.

Saya memohon anda semua untuk meletakkan kepercayaan kepada kerajaan dan bekerjasama dengan kami. Dengan bersatu hati, mari kita bersama-sama ke arah era baru yang penuh harapan dan kebahagiaan.





Park Geun-hye
Park Geun-hye
Presiden Republik Korea

TOP