대통령기록관 홈페이지로 이동합니다

Kisah Presiden

Previous page

Mengabulkan Pendemokrasian Politik

Park Geun-hye, pengerusi Grand National Party, menyampaikan ucapan bagi menyokong calon parti politiknya untuk Dewan Negara (15 April 2006) Park Geun-hye, pengerusi Grand National Party, menyampaikan
ucapan bagi menyokong calon parti politiknya untuk Dewan Negara (15 April 2006)
Pada tahun 2004, tahun keenam selepas Park Geun-hye menyertai politik sebagai wakil rakyat, parti beliau, Hannara-dang (Grand National Party) telah dituduh menerima dana kempen haram daripada syarikat-syarikat pada pilihan raya presiden tahun 2002. Selain itu, usaha untuk mencabar Presiden Roh Moo-hyun menyebabkan akibat yang teruk. The Grand National Party berada di ambang perpecahan.

Tiada siapa yang berani untuk mengambil tampuk pentadbiran dan cuba untuk membebaskan parti daripada karam dari krisis. Tetapi Park Geun-hye menerima permintaan parti untuk memimpin dan mengepalai cabaran yang mendatang.

Beliau bermula dengan menjual ibu pejabat parti. Beliau mendirikan khemah di atas sebuah tanah lot kosong dan menggunakannya sebagai ibu pejabat parti. Beliau menundukkan kepalanya dan meminta maaf kepada rakyat di negara ini, menjanjikan bahawa parti itu tidak akan menerima apa-apa dana politik atau kempen haram.

Buat pertama kali di Korea, beliau mengamalkan sistem penamaan bawah ke atas calon-calon bagi Dewan Negara untuk membuka pintu kepada anak-anak muda di seluruh negara. Beliau juga mengubah parti itu ke arah berpaksikan polisi, berorientasikan undang-undang, parti politik yang celik digital.

Beliau pantas dan tegas merealisasikan pendemokrasian operasi parti itu, yang pertama bagi negara ini.

Beliau menunjukkan kepimpinan yang inovatif dan kesanggupan untuk berubah dengan memutuskan untuk mendirikan khemah di padang sebagai ibu pejabat parti. Beliau memenangi hati rakyat.

Park Geun-hye, pengerusi Grand National Party, berpindah ke ibu pejabat parti itu yang ditubuhkan di khemah-khemah (24 Mac 2004) Park Geun-hye, pengerusi Grand National Party, berpindah
ke ibu pejabat parti itu yang ditubuhkan di khemah-khemah (24 Mac 2004)
Sepanjang tempoh 27 bulan beliau sebagai pengerusi parti, Grand National Party mengalahkan parti pemerintah dalam semua pilihan raya, mendapatkan semua 40 kerusi yang terbuka.

Park Geun-hye merupakan pengerusi pertama parti politik Korea Selatan yang tidak boleh diseret turun pada penggal kepimpinan masing-masing. Apabila beliau meletakkan jawatan, dia muncul sebagai calon presiden yang kuat dalam parti itu.

TOP